22.5.13

Cerita Si Raksasa

dulu raksasa selalu di tindas,
apa yang raksasa buat semuanya di salahkan,
kadang-kadang rasa diri ini penuh dengan kesilapan,
raksasa ingat lagi masa itu umur raksasa 9 tahun,
cikgu semua seperti berat sebelah,
memilih bulu,
anak orang kaya disukai,
orang pandai disayangi,
tapi bila bab raksasa,
dimarahi dan ada juga kadang dipukul
perasaan benci amat terserlah.
tapi raksasa masih kecil dan tak pandai melawan,
hanya menyimpan perasaan dihati.
raksasa bagaikan tidak menghargai guru?
tak raksasa bukan begitu,
cuma mahu 'segelintir' guru ubah sikap yang memilih kasih,
kerana anak murid yang terseksa.
kenapa raksasa berani bersuara,
kerana sejarah lampau raksasa tak mahu dirasai oleh generasi akan datang.

raksasa selalu gagal dalam bercinta,
itu buatkan raksasa mual, jijik, benci untuk bercinta,
tak itu tak menghalang raksasa untuk berkasih,
biar lemas di kolam yang ramai orang dari lemas di lautan.

orang ada kata, 
raksasa tulis tentang puteri sahaja,
tapi orang tak tahu siapa puteri yang raksasa maksudkan,
adakalanya orang mengatakan puteri itu,
tapi sebenarnya tidak,
bagi raksasa puteri itu sudah mati,
dan memorinya sudah lama raksasa buang.
raksasa mahukan puteri yang baru,
tapi siapa puteri itu?
masa yang akan tunjukkannya.
sehingga kini raksasa hidup dalam gua, 
menunggu seorang puteri yang membawa pelita,
masuk ke gua gelap raksasa,
dan menerangi gua raksasa dengan cahaya.

selesai

1 comment: