29.5.13

Cerita Raksasa

dap dup dap dup, 
bunyi jatung manusia.
jantung raksasa pulak, 
dup dup dup dap dap dap.
okay, tak lawak -.-

dulu raksasa pernah menaruh harapan,
harapan raksasa tinggi kelangit,
kadangkala tak dijangkau tingginya.
tapi sayang.
harapan raksasa sering gagal.
"then raksasa tak mencuba lagi ke?"
hampir setiap hari, setiap masa, setiap hari,
raksasa mencuba,
tapi setiap itu jugalah raksasa gagal.

raksasa pernah rasa mahu sahaja ignore,
tapi masa itu hati raksasa masih kuat,
pegang pada janji,
raksasa terus menaruh harapan
walaupun masa itu harapan raksasa sudah samar-samar,
seakan akan mahu hilang,
tapi raksasa mahu tunjukkan yang raksasa berusaha,
dan terus usaha.

tapi sayang,
usaha dan harapan raksasa sering di tolak,
sering di persenda,
hati raksasa kadang-kadang rasa dihina,
tapi raksasa tetap mahu nampak cool,
tapi padahal,
raksasa sudah menangis tersedak-sedak seperti seorang bayi.

one day, 
selepas mimpi itu datang,
selepas mimpi itu menyatakan semuanya,
raksasa bertekad,
mahu melepaskan semuanya.
menganggap dia sudah tiada,
membuang jauh dari kotak fikiran.
pelahan-pelahan semuanya hilang.

sekarang,
raksasa ada harapan baru,
apa harapan raksasa.
hanya raksasa yang tahu.

selesai 

No comments:

Post a Comment