9.5.13

fikiran sejenak.

kadang-kadang manusia silap langkah,
mahu ke kanan,
tapi belok ke kiri,
itu terjadi pada aku,
dahulunya aku pernah jadi seperti patung bodoh yang seperti tak bernyawa,
sedangkan boneka di sana sudah sibuk digerakkan oleh si pembuat boneka,
nak katakan kejam, tak juga,
nak kata kan baik, tidak juga.
biarlah dia bergerak seperti boneka,
malas mahu campur kehidupan boneka,
kerana aku adalah patung.
patung yang digerakkan bila perlu,
dan di biar bila lupa.

marah? geram?
just pergi dan ambil wuduk,
kita manusia, memang ada sifat marah,
siapa kita kalau tak marah? alien?
raksasa? puteri?
hanya orang yang hatinya tiada perasaan sahaja yang tidak marah,
oh, dan juga orang yang suka membuat alasan,
dan kemudiannya, tup tup.
asdfghjkl,
orang sebegini,
sememangnya boneka, 
badan diikat benang,
digerakkan oleh jari manusia,
sebab itu, kononnya dewasa, tetapi sebenarnya masih muda,

putihnya kain, jika di calit cat hitam,
dari jauh orang boleh nampak kesan cat hitam,
tapi tak ramai yang akan tengok kain yang putih tadi,
itulah kita,
satu kesalahan manusia, boleh membunuh manusia itu sendiri.

ingatlah kawan,
itu sahaja pesanan.

yang selebihnya,

datangnya dari hati kita sendiri.
untuk kita,

berubah.

No comments:

Post a Comment