3.10.14

Hanya Sandiwara Dia

kata raksasa

puteri,
kenapa kau curi hati aku dulu,
kau manjakan dia dengan senyuman,
kau berikan dia kasih terlalu banyak,
sampaikan bila ditanya hati mahukan siapa?
hati hanya mahukan puteri,

puteri,
kau bagai air dikala aku menjadi api,
kau menyelinap di seluruh pelusuk tubuhku yang membara,
aku nampak kau menahan keperitan bahang kepanasanku,
tapi kau tetap mengalir untuk menenangkan aku,
sehingga apiku yang membara tadi,
kau padam,
dan menjadikan aku raksasa yang lebih bersabar.

puteri,
sebelum kau menghilang,
kau kata aku masih belum cukup sabar,
aku terburu-buru,
tapi kau tak pernah tanya padaku, kenapa aku begitu?,
....
jiwa aku terseksa wahai puteri,
mana kau pergi dua minggu?
khabar berita kau, 
cerita kau,
hati aku memberontak mahukan gelak ketawa dari kau puteri,
sikit demi sikit kau hancurkan hati aku wahai puteri,
tapi aku masih menunggu
bila masanya engkau ingin pergi,
kau masih cakap aku yang kurang bersabar?.

puteri,
aku masih menunggu, 
dan aku menanti,
tapi itu mustahil,
kerana aku merasakan tiada sedikitpun tercatat namaku,
kerana putera yang hadir jauh lebih baik,
apa yang aku mampu hanya melihat dari jauh.
dan semakin lama semakin jauh.
dan mungkin menghilang,
hilang buat selama lamanya

..maaf sebagai ganti..

No comments:

Post a Comment