19.7.13

Si Lelaki Dan Puteri

#lelaki
sakit aku semakin teruk,
aku mahu dia buang semua memori aku dengan dia,
aku pada mulanya sangka aku hanya menjadi pelupa,
tetapi sebaliknya,
badan aku semakin susut,
aku kerap batuk,
aku cuba terus sembunyikan apa aku rasa,
dari dia sang puteri,

bila dia marah,
aku akan senyapkan diri bila dia menengking,
aku cuba menjadi lebih penyabar, 
aku akan tersenyum bila dia memarahi aku,
dan aku cuba melihat wajahnya lebih kerap,
kadang-kadang aku menyentuh pipinya dan tersenyum,
"kalau saya tak ada nanti, jangan rindukan saya, sebab saya selalu ada dalam hati awak"
aku melihat, dia langsung tak faham dengan apa yang aku katakan,
tapi aku tak pernah mengalah,
berulang kali aku ingatkan dia dengan perkataan itu,

satu hari,
kepala aku sangat berat sekali,
mungkin itu pertanda yang aku perlu pergi,
jauh dari hidupnya,
aku pergi kerumahnya,
tapi sayang dia menyuruh aku pulang,
kerana ketika itu dia sedang bersama rakan-rakannya,
"awak boleh saya sentuh pipi awak? saya takut esok tangan ini tak dapat lagi sentuh pipi awak"
tapi dia melarang kerana malu akan kawan-kawannya,
aku mampu tersenyum dan pergi,

aku menahan air mata dari gugur ke pipi ku,
aku terasa amat penat,
lalu aku duduk di kerusi taman, 
kepalaku sakitnya amat menusuk,
aku menulis pesanan untuknya,
tiba-tiba,
mataku kabur dan terus kabur,
dan terus gelap
....

#perempuan
dia memang seorang yang lurus,
kadang-kadang dia memang seorang yang sangat pelupa,
itu yang buatkan aku marah,
sudah lama aku nak break dengan dia,
malah aku dah bagitahu dia yang aku tak boleh dengan dia,
tapi dia selalu cakap,
sabar sayang, dah tak lama,
"awak ni memang menyusahkan saya, saya suruh bawakan buku itu, tapi awak tak bawa?!"
setiap kali aku menengking,
dia akan tersenyum dan tak pernah melawan

aku agak rimas bila dia lebih kerap melihat muka aku kebelakangan ini,
kadang-kadang dia menyentuh pipi aku,
dan berkata pelik seperti mahu pergi buat selamanya,
tapi rasanya dia cuma mahu aku simpati dengan dia sahaja,
tapi bila dia dah selalu menyebut perkataan itu,
aku jadi menyampah dan aku terus menjauhkan diri dari dia,

satu hari dia datang kerumah ku,
tapi aku busy melayan rakan-rakan ku,
"awak baliklah, saya dengan awak dah tak boleh bersama"
dengan perasaan marah,
tambahan pula,
crush aku ada di rumahku,
tiba-tiba dia ada cakap yang ini permintaan terakhirnya,
"tak payah lah nk sentuh pipi ni, bukan ada apa pun!"
aku melarang,
aku merasa lega bila dia pergi.

tapi hati aku mula resah dengan kata-katanya,
aku terus keluar dan mencarinya,
aku melihat dia sedang duduk keseorangan
"awak? awak marah dekat saya ke?"
dia diam sahaja.
"awak? awak tidur ke sayang?"
aku mula cemas, 
tiba-tiba kepalanya jatuh tersandar dibahuku, 
tangannya longlai,
....

"saya dah tak ada masa awak bersama surat saya ini, saya gembira bertemu awak, awak adalah ubat untuk penyakit saya, tapi sayang, lama kelamaan saya kehabisan ubat itu, awak sudah tiada lagi dengan saya, maka hari ini saya makin tenat, maafkan saya, saya bukan mahu jadi seperti ini, tapi ini adalah takdir, jaga diri awak :) "

....
 dia dah tak ada lagi.
raksasa.

Selesai

No comments:

Post a Comment