11.6.13

pada ketika itu raksasa..

menyusun warna diatas sebuah kad,
menyalutnya dengan kertas berwarna hitam,
beli sebanyaknya kertas warna,
untuk menyiapkan sebuah kad hari lahir,
untuk seorang yang digelar puteri,
kad itu tidaklah secantik mana,
sebab raksasa bukan seorang artist yang pandai seni,
takut betul kalau kad itu tak diterima,
setiap malam raksasa buat dan ubah sehingga ia menjadi elok,

keesokkan harinya,
raksasa membawa kenderaan raksasa yang lama disimpan,
untuk jumpa dengan puteri,
tapi raksasa lambat sangat sampai masa tu,
dia sudah berdiri disitu,
rasanya agak lama juga,
raksasa tak mahu beritahu kenapa raksasa lambat,
sebenarnya masa perjalanan,
tayar raksasa masa itu tiba-tiba bocor,
raksasa terpaksa tukarkannya,

kami hari itu sungguh gembira,
raksasa lupakan semua masalah raksasa,
masa balik,
raksasa beri kad yang raksasa buat pada dia,
bersama bear yang raksasa beli.
raksasa tengok dia gembira dan terima kad raksasa,
raksasa happy sangat.
harapan raksasa masa birthday raksasa,
akan ada sesuatu yang boleh buat raksasa happy juga.

tapi,
jangkaan raksasa amatlah jauh sekali,
pada tepat pukul 12 malam,
raksasa tunggu ucapan darinya,
tapi tiada sehinggalah ke pagi,
ucapan darinya amatlah ringkas,
tak apa mungkin dia sibuk bersama keluarga,
raksasa tunggu panggilan sehinggalah 12 malam,
juga tiada,
raksasa tak dapat menahan sedih raksasa,
bukan mahukan balasan setimpal dengan apa yang raksasa buat,
tapi mahu rasa dihargai,
raksasa terus sembunyikan rasa sedih raksasa,
supaya dia dapat membacanya, 
tapi sayang semakin hari, 
semakin parah,
raksasa terus pendam hingga kehari ini,
kerana mahukan dia terus tersenyum.

selesai

No comments:

Post a Comment