13.1.14

Cerita Puteri

"kalau awak tak ada dengan saya,
saya akan tetap tunggu awak sampai saya penat"

itulah perkataan yang terbayang di dalam kepala aku ini,
itulah perkataan yang membuatkan aku suka padanya,
aku mula sukakannya dengan keraguan, 
memilih dia ataupun si dia,
setiap malam dia menelefonku,
usaha dia tunjukkan kepadaku tidak pernah henti,
cuba dan terus mencuba mencuri hatiku,
kadang-kadang,
aku terasa rimas dengannya,
tapi bila dia tiada,
aku pula mencari,
benar,
aku mula suka padanya,

aku mula mahukannya hari ke hari,
setiap hari aku akan menanti panggilan darinya,
mesej darinya,
suaranya membuatkan aku rasa tentang,
gelak ketawanya membuatkan aku tersenyum,
apa yang dia buat aku mula suka dengan caranya,
dia pandai menawan hatiku,
dia pandai mencuri apa yang ada di dalam hatiku,
dipendekkan cerita,
cukup 1 bulan aku dengannya,
benar,
rasa sayang dalam hati mula terbit

pertama kali aku berjumpa dengannya,
aku melihatnya,
aku terasa sedikit berubah hati, 
kerana rupanya dan gayanya bukan seperti yang di impikan,
tapi bila dia bawa aku ke tempat yang aku mahu,
aku mula merasakan,
dialah orang yang selama ini aku cari,
aku mahu menjaganya sepenuh hatiku,
benar, 
aku mula rasa cinta terhadapnya.

namun, 
lama kelamaan,
hati aku semakin berubah,
sayang aku berkurangan,
kerana,
datangnya seorang yang lebih baik darinya,
aku cuba selindungkan apa yang aku buat di belakangnya.
tapi semakin aku selindung,
semakin terbongkar apa yang aku lakukan,
dia seperti mengetahui apa yang aku sedang lakukan
aku cuba berlagak seperti biasa,
tapi aku tahu,
dia mengetahui semuanya,
sehinggakan sampai satu malam,
segalanya berakhir dengan kebongkaran,
benar,
aku sedih dengan peristiwa itu,

benar,
dialah raksasa yang aku pernah sayang,
dialah raksasa yang pernah aku cinta,
aku tersepit dalam arus kehidupan aku,
dia tetap menganggap aku sebagai puterinya,
walaupun aku sentiasa berbuat jahat terhadapnya,
sampai sekarang dia masih bersabar,
dia menunggu,
walaupun aku bersama putera.

dia memang seorang yang kuat,
berjuang melawan kesedihan hati,
cuba bangun dari kelemasan,

dia sememangnya raksasa.

-puteri-


No comments:

Post a Comment