1.11.12

dia JK

hai JK, 
macam mana hidup awak?
dulu kau selalu aku letak dekat sebelah aku,
ingat tak aku beli kau dulu?,
aku kumpul duit untuk beli kau,
aku nak beri pada seseorang,
tapi setiap kali aku nak beri kat seseorang,
orang itu pergi, 
malangnya nasib kau dengan aku kan JK?
sampai kau dah sama bau dengan aku,
mula-mula aku rasa kau patut aku buang,
tapi aku yakin,
one day, kau pasti jatuh kat tangan seorang yang betul-betul boleh jaga kau,
macam mana aku jaga kau dulu,
aku sangat yakin,

hai JK,
satu hari itu, aku jumpa dia,
kau tahu, aku mula yakin yang kau akan jadi milik dia,
sememangnya dia,
aku gembira kau akan bersamanya,
hari terakhir aku dengan kau JK,
aku masukkan kau kedalam plastik awal-awal dulu aku beli kau,
mana taknya, plastik itu je yang besar,
aku bawa kau jalan jauh sekali,
kau pun tak tahu dekat mana kan,
malam itu, aku lepaskan tangan kau pada dia,

Hai JK, 
kau sangat beruntung,
dapat bersama dia,
mesti kau bahagia, aku juga bahagialah JK,
hari-hari dengannya,
perut buncit kau yang selalu aku tumbuk
kini selamat dari tumbukkan ku,
aku gembira kau gembira.

tapi JK, 
entah mengapa aku tidak lagi bersamanya,
aku tak sangka JK, 
macam itu sahaja kami tinggalkan,
kami tidak lagi bertegur seperti biasa,
jarang sekali,
setiap beberapa bulan, 
aku ada juga tegurnya
aku akan tanya macam mana kau kat sana JK,
kenapa aku tanya?
sebab, kau barang pertama aku beli untuk orang lain,
dan kau juga barang pertama aku beri kepada orang lain,

Hai JK,
aku tak tahu cara bagaimana nak lihat kau,
sikit pun aku tak nampak kau sekarang,
aku tak tahu kau bagaimana sekarang.
walaupun kau tak bernyawa,
tapi aku harap kau masih ada,
tersenyum dengan perut gemuk kau tu,
dan aku tahu kau masih sama macam dulu,
sebab tuan kau yang baru,
takkan sanggup buat apa-apa dengan kau,
sebab aku tahu, 
itu satu-satunya memori dia,
dan dia tidak akan menghancurkan memorinya,
walaupun kau hanya

Patung.

selesai

No comments:

Post a Comment