1.11.12

kemana kau pergi

kenapa dia pergi?
sunyinya rasa hidup ini,

dulu aku masih ingat lagi,
masa dia ada,
 aku masih boleh menjenguk dia di situ, 
lihat semua apa yang dibuat olehnya,
gembira? mestilah gembira,
siapa tak gembira melihat dia bahagia.
senyuman dia.
ketawa dia.

kadang-kadang kalau aku tak jenguk dia disitu,
aku akan kesana,
disana juga buat aku gembira,
seolah-olah aku berada dekat dengannya,
walaupun sebenarnya itu bukanlah aku,
biru, kuning, hijau, merah, itulah warnanya,
kau, aku, you, i, itu sebutannya,
tiap perkataan yang di sebut ada maksud tersirat,
hanya dengan pengalaman silam dapat memahaminya,
itulah sikapnya suka memendam,
itulah cara dia.

"ring ring"
itu bunyi deringan telefon,
'hai awak'
itu perkataannya,
hanya tuhan sahaja tahu,
bagaimana rasanya, senyuman pasti terukir,

tapi,
sekarang sunyi, 
semuanya telah tiada, 
tiada jalan lagi aku boleh melihatnya,
aku seperti si buta yang kehilangan tongkatnya,
kalaulah dia masih ada lagi,
apa yang di buat sekarang?
dia sudah lupakan aku?
ya, mungkin :)
tak perlu tangisan seperti kanak-kanak,
dan tidak perlu,
setiap saat aku menunggu,
kerana aku tahu,
 ada yang datang mengantikan 

DIA.

(hanya Allah sahaja yang boleh mengubah segalanya, kita manusia lemah)

selesai.



No comments:

Post a Comment