23.10.12

Tidak Kuat

awak,
kenapa awak masih tak nampak?
awak kata awak nak cari ketenangan, awak nak kenal dengan diri awak,
dia ingat itu yang berikan dia peluang,
dia tersenyum bila dengar awak cakap macam itu,
tapi tak,
dia dapat tahu awak ada yang lain,
awak tahu hati dia rasa macam mana?
awak pernah tengok hati dia hancur macam mana?
awak takkan faham dia,
dia sakit sangat awak.
tolonglah faham dia,

one day itu,
dia down sangat, bila dia dapat tahu awak ada yang lain,
dia terkaku bila melihat,
dia menangis bila awak ada yang lain,
awak tahu ke dia macam itu?
awak,
awak tak rasa macam mana dia bangun sendiri dari down dia,
bergerak sendiri cari kebahagiaan dia,
dia merayu untuk kegembiraan dia,
tak ada seorang pun yang tolong dia,
kadang-kadang dia tersentap melihat kegembiraan awak,
sedangkan dia masih tercari-cari mana pintu bahagia.

tapi kenapa awak?
kenapa awak masih cakap dia berubah?
dia takkan berubah sebab dia masih sayangkan awak,
tapi apa boleh dia buat lagi?
dia buntu awak,
setiap kali dia menulis mesej untuk awak,
dia takkan menghantar malah dia hanya simpan sahaja,
dah berpuluh-puluh awak mesej yang dia simpan,
kenapa dia tak hantar?
sebab dia takut, takut awak tak balas text yang dihantar oleh dia,
dia takut kalau dia rosakkan hubungan awak.

dia terkilan bila awak cakap dia berubah,
dia tersentuh bila awak cakap tak perlu hubungi dia,
tapi dia tahu dia hanya seorang kawan kepada awak,
kawan sampai bila-bila,
itu yang awak nak.
jadi,
harapan?
mungkin tak ada lagi dalam fikirannya,
sebab, pintu awak sudah tertutup rapat untuknya,
tapi dia tak lupa akan janji dia,
jadi dia masih ingin berkawan, 
nak sangat,
tapi berilah dia waktu untuk mencari 
kebahagiaan dia, 

sebab dia tidak kuat.

Selesai

4 comments:

  1. weh . sdeyh ! dgn background music yg sdeyh ni . adoiii . nseb x nangis . terbaik jol !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, terima kasih wei support. lagi satu sorry buat nak ternangis.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete