21.10.12

Novel Cubaan : Hari Tanpanya

ada yang terus request tulislah lagi cerita-cerita. jadi hari ini saya akan tulis ceritalah. hope korang baca dengan teliti. harap lepas ini berikan respon atau cadangan, perlukah saya meneruskan atau setakat ini sahaja. in hanya cubaan, dan 'tak akan' ada kena mengena dengan sesiapa pun di bumi ini.

HARI TANPANYA

BAB 1

semalaman dia duduk dikerusi belajarnya, tanpa mengendahkan bunyian ayam berkokok. sekali sekala, bunyi nyanyian burung-burung bertukar-tukar rentak, merdu bunyi burung itu melenakan semua manusia pada awal pagi,  tetapi nyanyian burung itu,menemani kesunyian Mifdal,  dia yang sedikit berjambang dan bermisai sedang khusyuk membuat kerjanya. sedang enak menyempurnakan kerjanya,
  
"Abang ! ada panggilan" adiknya memanggilnya.
    "ya, sebentar, abang datang"

dia bangun hampir-hampir tersungkur kerana terlanggar sebuah kotak, lalu dia mengambil kotak tersebut dan melihat dengan teliti, dia melihat kotak itu terkunci, dia membelik mana tahu ada kunci yang tersembunyi tapi usahanya sia-sia sahaja. 
  "Abang ! cepat nanti panggilan terputus ! " jerit adiknya
tersentap dengan jeritan adiknya, dia meletakkan kotak itu diatas meja dan terus keluar dari biliknya dan mencapai gangang telefon dari adiknya.

   "Assalamualaikum, siapa ini?" Mifdal menanya dengan suara lembut,
     " awak sihat? awak macam mana life awak?" suara perempuan yang menjawab

Mifdal masih tertanya-tanya siapakah perempuan yang bersuara manis yang sedang bercakap dengannya, lembut juga sebutannya, siapa yang mendengar pasti akan terpikat, 
   
"Alhamdulilah, saya sihat sangat, cuma bahagian kepala saya sakit lepas accident hari itu, tapi saya masih tak tahu siapa awak?"
      "accident? hmm, awak tak ingat apa-apa ke?"
suara perempuan yang ceria tadi bertukar sedih, entah kenapa, tiada siapa pun tahu,
    "Ya, accident, mestilah saya ingat, adik saya cakap saya accident seminggu yang lepas, kepala saya pecah. sekarang saya hampir pulih. awak ini doktor ke?"

dia tidak menjawab petanyaan Mifdal, malah kedengaran esakkan darinya,
   
 "boleh saya bercakap dengan adik awak sebentar?"
    " boleh" 

dia terus menoleh ke arah adiknya yang melihatnya dari sebalik pintu biliknya dan membuat isyarat mahu memberikan gangang telefon kepada adiknya, dia hairan, adiknya jugak seperti sedih dan menyembunyikan sesuatu darinya. selepas dia memberikan gangang telefon itu kepada adiknya, dia kembali ke biliknya, dan duduk di atas kerusinya, mejanya penuh dengan buku-buku dan kertas yang tertulis semua kisah-kisah percintaaan, kesemuanya sudah di baca berulang kali, kemudian dia teringat akan kotak yang menyebabkan dia hampir tersungkur tadi, dia mengambilnya di atas meja di sebelah kanannya, dia mengoncang-goncang kotak tersebut, seperti ada sesuatu di dalamnya, dia cuba membukanya mengunakkan tangannya, tetapi disebabkan kunci itu, usahanya gagal, dia memcuba dengan pembaris besinya, tetapi usahanya jugak kearah kegagalan, dia sedikit marah, lalu memhempaskan kotak tersebut diatas meja dan terus ke tingkap di belakangnya, dia membuka tingkap, kebetulan angin meniup kearah mukanya yang tiada rambut itu, akibat dari angin yang menyapu lembut mukanya, hampir kesemua kacamatanya berkabus, lalu dia mengelap mengguna jarinya.

  "Mifdal ! kau dah sihat nak? Alhamdulilah" 

dia terdengar suara memanggil namanya, lalu dia cepat-cepat memakai kacamatanya dan mencari di mana arah suara tersebut dan dia melihat seorang lelaki tua rambutnya hampir kesemuanya beruban menegurnya, lama juga dia melihat muka orang tua tersebut, barulah dia mengecam itu Pak Ali

  "Ya Allah, Pak Ali, saya ingatkan siapa tadi, saya sihat Pak Ali, semuanya Ok"
    "baguslah kalau macam itu, kau masih kenal aku ya Mifdal?"
  "Eh, mestilah saya kenal ! , kenapa saya tak kenal pulak Pak Ali yang jaga saya dari kecil sampai sekarang"
    " Alhamdulilah, eh, Pak Ali nak kepasar ni, kang tak pasal orang rumah Pak Ali datang angin dia, Pakcik pegi dulu ya nak"

dia tersenyum melihat gelagat Pak Ali, Pak Ali sememangnya sayang akan isterinya sehinggakan ada ketika itu, isterinya mahukan kereta mewah, Pak Ali sanggup tunaikan. sunggu beruntung isterinya, semakin lama semakin jauh pandangan Pak Ali dari mata Mifdal sehingga terus tidak kelihatan. sekarang banyak benda yang bermain di fikiranya ini, siapakah perempuan yang menelefonnya tadi, apakah yang ada di dalam kotak tersebut dan mengapa Pak Ali menanyakan soalan kenal lagi tidak padanya, itu membuatkan kepalanya pening dan dia terus baring diatas katilnya sambil memicit-micit kepalanya. semua itu menganggunya, menganggu fikirannya, dia terasa amat sakit dibahagian jahitan dikepalanya,

   "abang, abang ok?", tiba-tiba suara adiknya kedengaran
  " abang ok, cuma bahagian jahitan di kepala ini ada sakit sedikit" katanya
    "abang makan ubat ini ya, doktor cakap kalau sakit kat situ, abang kena cepat-cepat makan ubat ini ya"
 
dia terus mengambil ubat tersebut dari adiknya dan memakannya.
 
  "bagus abang adik ini, adik sayang abang, abang jangan tinggalkan adik ya?" muka adiknya kelihatan sedih, dan tak semana-mana, airmatanya jatuh ke pipi.
   "adik kenapa ini? abang tak tinggalkan adik sorang-sorang, mak ayah kita dah lama tak ada, jadi abang nak jaga adik abang ni, abang minta maaf kalau buat adik risau. lepas ini abang janji, abang takkan buat adik menangis macam ni, dah dah, senyum, tak cantiklah menangis"

adiknya tersenyum, dan terus membawa gelas air dan botol ubat itu keluar dari biliknya, kini, fikiran Mifdal bertambah runsing selepas melihat adiknya sedih didepannya, semuanya menjadi tanda tanya kepada dirinya, betulkah selepas dia accident semuanya berubah dan menyebabkan semua orang bersedih? semuanya ada di dalam kepalanya.

. . . . . . . . . 


#akan bersambung, (berikan respon ya :D )

No comments:

Post a Comment