18.10.12

DIAM !

DIAM !
kalau tak tahu jaga perasaan orang,
kalau tak tahu macam mana nak jujur,
kalau tak tahu apa erti sakit,
jadi, pergilah.
jangan di ganggu perasaannya
jangan diusik kejujurannya
belajar apa itu erti kesakitan

DIAM !
jangan cepat melenting jika itu bukan diri kita
jangan nak memekak seperti budak kelaparan
jangan nak risau kalau itu bukan masalah
jadi, pergilah
jangan di usik hatinya
jangan di paksa jiwanya
kerana hati dan jiwanya bukan alat boneca

DIAM !
dan jalanlah kehidupan seperti biasa
walaupun pegerakan amat terbatas,
terhenti bila tersentap
jadi, pergilah
perlukan perubahan,
perlukan anjakan paradigma,
perlukan gegaran semesta
untuk kita lebih terbuka dan menerima

DIAM!
kita boleh tutup satu mulut
kita boleh tutup dua mata, 
kita boleh tutup dua telinga
tapi jangan kita tutup dua lubang hidung
kerana itu bahagian penting,
untuk kita menyedut udara pemberianNya.
dan terus hidup untukNya
kerana dialah tempat kita mengadu
dan pemberi bahagia

selesai

#maaf kepada sesiapa yang terasa, ini cuma nukilan dari saya, tiada kaitan sikit pun dengan sesiapa, ini cuma Idea yang datang bila saya keseorang. harap maklum.


No comments:

Post a Comment