17.10.12

Peristiwa semalam

selepas peristiwa aku tidak dapat berjumpa dengan si dia, 
hubungan aku dan dia retak, 
kami mengubah cara kami selalu bersama,
aku tidak lagi mahu menghubunginya,
dan dia entah bagaimana,

semalaman aku memikirkan cara untuk aku kekal dengannya,
satu hari aku dapat idea,
"awak, saya bagi awak rehat 1 minggu ya? saya tak kacau awak, awak fikir-fikirkan ya "
aku mahu lihat, kalau aku buat macam itu, dia cari aku ke tak,
hanya Allah je tahu bila satu hari aku tak dapat text dari dia,
aku harap akan ada respond darinya, 
hampir seminggu aku menunggu text darinya, 
tapi, 
tiada.

setiap hari dalam seminggu itu aku akan lihat handphone aku,
kadang-kadang kawan aku miss call pun aku ingatkan dia,
aku tak mahu mengaku kalah, aku terus text dia
"hai awak, lupa kat saya ke? saya rindu awak"
aku tunggu dia balas, tapi masih tiada
jadi aku call dia, lama juga aku cuba menghubunginya
akhirnya dia angkat,
"hello, awak busy ke? kenapa awak tak balas text saya? awak tahu saya tunggu awak balas?"
dan dia berkata
"awak kata seminggu, ini belum seminggu, nanti dah cukup seminggu saya balaslah"

hati aku seperti di cucuk satu jarum tepat di jantung,
bukan itu yang aku mahu dia jawab, 
tersimpang jauh jawapan yang aku mahukan,
aku mahu dengar dari mulut dia mengatakan dia rindu aku,
tapi sehingga ke akhir perbualan kami,
aku tak dengar,
selepas dia tamatkan call,
aku cuba senyum, tapi air mata aku tetap mengalir,

tak lama kemudian kami berpisah,
bermulalah kehidupan aku tanpa dia,
aku rasa diri aku betul-betul jatuh,
tapi aku bangun semula tanpa bantuan sesiapa, 
aku belajar cara menjadi seorang yang kuat,
sekarang aku rasa aku sudah cukup kuat untuk jadi
seperti aku yang dulu,
aku mula tersenyum kembali.

satu hari,
"hai awak"
aku terima mesej dari si dia,
aku bagaikan tidak percaya, betul ke dia?
bila aku mengosok mataku dan lihat kembali ke skrin telefon aku,
ya, tidak salah lagi,
dialah orangnya,
orang yang pernah aku sayang dulu,
"awak jom jumpa? :)"
dia mahu jumpa aku? , dalam hati aku, usaha aku menunggu dia berjayakah?
aku tidak menolak, malah itu yang aku tunggu selama ini,
aku tidak sabar ingin berjumpa dengannya
aku rindu dia

sampailah hari yang aku tunggu,
hari untuk berjumpa dengannya,
aku siapkan baju dari semalam, mengosoknya, membetulkan butang yang hampir tercabut,
"awak saya dah gerak ini, awak tunggu saya k?"
ayat yang selalu aku guna bila ingin berjumpa dengan dia,
dia membalas,
"awak tunggu kat tempat kita selalu jumpa ya?"
aku tersenyum, 
sejak dari kami berpisah, aku tak pernah dapat mesej dari sesiapa pun,
hari ini seperti ada cahaya yang membuatkan aku berseri,

aku sampai saja di sana, 
aku tunggu di tempat biasa kami dulu berjumpa,
aku bawa sekali coklat kegemarannya,
"hai awak !"
aku tahu itu suaranya, 
suaranya datang dari belakang,
aku menoleh kebelakang,
aku nampak dia,
tapi
bersama dengan seorang lelaki

dia ingin jumpa aku sekadar mahu tunjuk yang dia ada kekasih baru,
hati aku, jiwa aku, perasaan aku,
semuanya bagaikan melayang-layang,
aku terus sembunyikan coklat yang aku bawa tadi,
disitu juga airmata aku mengalir,
aku bangun dan tersenyum,
dia melihat wajahku,
aku lalu sebelah dia, aku tundukkan mukaku supaya dia tidak nampak reaksi muka aku,
lalu aku pergi,
aku dengar dia memanggilku, tapi aku sedikit pun tidak memandang dia
hati aku sakit, sakit sangat,

aku pergi meninggalkannya,
tanpa sebarang perkataan pun.
rupa-rupanya aku belum cukup kuat untuk terima semuanya

selesai

ok, siap :D kalau ada yang kurang, maap, saya hanya mencuba :D

No comments:

Post a Comment