9.10.12

Nukilan: saya rindu awak

# ini hanya nukilan sahaja, harap maklum ya :) menulis kerana mahu mengasah bakat. jangan salah faham. 


dia sedang duduk gembira, tiba-tiba dia terdiam, diam melihat bear yang besar duduk di atas katilnya, dia mula tersenyum sedih, dia datang dekat dengan bearnya datang memeluknya, airmatanya mengalir
"kenapa kau tinggalkan aku lepas aku tinggalkan kau, kenapa kau tak bagitahu aku"
dia terus menangis sambil memeluk bearnya seeratnya, bearnya penuh dengan basah airmatanya,
 lalu dia memcapai surat yang bersampul hitam hasil buatan tangan seseorang.
lalu dia membuka dan mengeluarkan surat tersebut
dia terus membaca 

hai awak :) eh, lupa pula, hai puteri saya, apa khabar ? sihat kan. ini surat yang saya nak tulis kat awak, awak ingat tak? ala, yang saya suruh tulis panjang-panjang ikut suka awak tu?, mesti awak lupakan, hope bila awak baca surat saya nanti awak jangan pula sedih-sedih tau, mana tahukan terharu baca surat ini, hehe. semalam hari paling seronok dalam hidup saya, awak dengan saya pergi tempat kita nak kan? dah rancang lama dah, tiba-tiba jadi, siapa tak sukakan? mesti awak sukakan, saya nampak awak suka, awak seronok, awak ketawa-ketawa, mesti awak excited kan? nak tahu tak saya pun macam itu juga. awak, saya tak tahu kenapa awak pilih saya, saya ini dahlah raksasa, awak puteri, manalah saya layak, tapi awak tetap dengan saya sampai sekarang. Allah je tahu awak hati saya ini, saya tahu awak nak kita santai, jang terlalu obses, tapi saya tahu one day saya akan dengan awak juga. awak terima kasih sangat-sangat sebab awak selalu dengan saya, dulu ex saya malu sangat bila keluar dengan saya, tapi awak tak awak tetap sebelah saya bila berjalan, sebab itu awak sangat baik bagi saya, awak jangan tinggalkan saya ya, kan kita dah janji, ingatkan? :) awak-awak, saya tak tahu nak tulis apa lagi, tapi ini masih pendek lagi kan? hehe. tak apa biar saya tambah lagi. emmm, awak, soalan ini awak tak suka bila saya bangkitkan tapi saya takut kalau benda ini jadi, contohlah macam mana saya ya bila saya pergi atau awak pergi, mesti saya sedih sangat awak, awak nak tahu kenapa saya sedih? sebab sebelum ini, saya tak ada orang yang betul-betul rapat dengan saya, saya cerita semuanya dengan awak, saya tak sembunyikan apa-apa pun dari awak. tapi cuba awak bayangkan kalau awak tak ada? siapa nak dengar saya cerita, siapa nak dengar saya luahkan. tak ada seorang pun awak, saya dah cuba dah luahkan dekat kawan saya, tapi tak sama dengan awak. awak macam dengar setiap perkataan yang saya luahkan. terima kasih sebab terima saya, selamat ulang tahun yang pertama :) semoga ada lagi tahun depan :D 
saya sayang awak.... awak-awak jaga diri....

tidak sempat dia menghabiskan bacaan, kertasnya terlepas dari tangannya,
jatuh betul-betul dibawah kaki katilnya.
airmatanya terus mengalir,
dia sedar sebenarnya dia tidak sepenuhnya menyayangi orang itu,
dia buat semuanya kerana terpaksa,
dia tak pernah suka orang itu, dia cuma mahu melupakan kekasih hatinya
dengan adanya orang itu, dia dapat cepat melupakan yang lama
walaupun dia layang orang itu seperti nak taknak, tapi orang itu tak pernah mengeluh, malah tetap senyum
"kenapa kau baik sangat sampai macam ini sekali?!"
 sambil menangis teresak-esak, dan membaling bear itu kebawah,
kemudian dia cepat mengambilnya semula seperti bear itu amat berharga

dia mencapai telefonnya, dia membuka inbox dan scroll kebawah
dia membuka mesej orang itu dan membaca satu persatu
sampai satu mesej itu, dia berhenti scroll, matanya sayu sangat membacanya

'awak, mana awak, saya dah lama tunggu text awak, awak balaslah satu perkataan pun xpela, saya bosan sorang-sorang ini awak, saya cuba call tak dapat'

dia tahu dia bersalah sangat buat orang itu seperti itu, kemudian dia scroll kebawah dan terhenti

'awak, janganlah biarkan saya sorang-sorang, saya tak ada sapa2 ni, nanti saya buntu, buntu sangat'

dia teringat pada masa ini dia marah sangat pada orang itu, mesej orang itu pada masa itu sangat memenggangu dia, kalau boleh dia tak mahu pegang telefon.

'awak, :') kalau awak free text saya ya, IMY'

dia meletakkan telefonnya diatas sampul surat hitam tadi. menundukkan kepalanya. dia seperti menyesal kerana dia tidak membalas satu pun text orang itu.

dia cuba ingat apa yang terjadi sebelum ini.
 dia tak sangka perbualan pada malam perpisahan mereka itu adalah malam yang terakhir mereka berjumpa

"awak, terima kasih sebab awak jujur dengan saya, terima kasih sebab awak tinggalkan saya dengan cara yang baik :') , lepas ini, saya tak ganggu awak, tak kacau awak, tapi saya nak awak tahu yang saya sayang awak sangat, saya rindu awak sangat, rindu sangat :'). awak last ini saya pesan, awak jaga diri awak ya, kalau sakit makan ubat, awak tu tak boleh makan coklat banyak taw :') lagi jangan tidur lambat, jangan bangun lambat, kalau awak ada masalah awak nak cerita dekat saya, awak ceritalah saya suka dengar, kalau nak teman pun saya boleh :') lagi, awak jangan stress ya, jangan kuat nangis, lap airmata taw kalau awak menangis. awak, saya tak akan marah awak, kalau awak jumpa yang baru, awak bagitahu saya ya, maybe masa itu mungkin saya ada lagi dan mungkin saya dah tak ada, awak jangan risau tentang saya, hmm, baiklah itu sahaja, saya pergi dulu, :')"

selepas malam itu, dia terus tak menghubunginya, lama sangat dia tak menghubunginya, tiada khabar,
kadang-kadang dia check fb orang itu, blog orang itu, tiada update. dia mula rasa ada sesuatu yang tidak kena, tapi dia cuba positive, 
ntah macam mana perasaan dia mula rasa rindu pada orang itu, 
tiada lagi beri ucapan selamat pagi, selamat malam seperti orang itu buat setiap hari,
tiada lagi IMY, tiada lagi SAYANG kedengaran
dia mula rindu dengan semua itu
dia ingin text orang itu, tapi dia takut, jadi dia tidak meneruskan niatnya

suatu hari itu dia dapat text dari adik orang itu,

"kakak, abang dia dah tak ada :("

dia tersentap, siapa yang tiada, orang itu dah tiada? tiada apa?

 dia tersedar dari ingatan disebabkan bunyi guruh yang kuat
orang itu pergi tanpa memberitahunya apa sebab, 
sekarang dia amat rindu akan orang itu,
3 tahun orang itu sudah tiada, tapi dia masih ingat akan dia
dia tak dapat terima hakikat yang orang itu sudah tiada

"kalau dia ada sekarang, aku nak sangat peluk dia dan minta maaf dekat dia, aku rindu dia"
"rindu dia sangat"
dia menangis sambil peluk bear pemberian orang itu sehingga dia tertidur.


selesai

No comments:

Post a Comment