30.9.12

Bahagia dia Bahagia aku

bahagia.

kelmarin,
dia tunggu ku datang kerumahnya
"sayang, tunggu saya datang ya?"
ayat itu sering ku gunakan bila aku mahu kesana
bila aku lambat sikit je
"awak dekat mana? dah sampai belum?"
soalan itu akan di tanya kepada aku
kadang-kadang bila mahu mengusik
"awak, saya dah sampai"
tetapi sebenarnya  aku masih jauh lagi 
"mana awak? tak ada pun depan rumah"
masa itu aku akan tersenyum kerana aku dapat mendengar suara risaunya
dan aku akan terus tersenyum.

tapi
hari ini,
"awak ? saya datang sana ya?"
tiada jawapan darinya
"awak? awak dekat mana?"
aku menunggu jawapan
tetapi,
....
"awak.. saya nak datang ini, saya dah gerak ni, awak tunggu saya ya?"
dengan tidak berfikir panjang
aku terus pergi 
"awak.. saya dah sampai awak dekat mana?"
aku menunggu terus menunggu,
minum air sebotol dan sebungkus roti
kocek ku bergegar,
terus aku mencapai telefon ku di kocek
melihat mesej darinya
aku gembira dan tidak sabar
"awak, maaf.. saya ada hal, saya tak dapat jumpa awak"
....
aku menghabiskan rotiku dan menenguk air.
tiba-tiba aku terasa ada air jatuh ke tangan ku,
"hujan ke ni?tak mendung pun?"
rupa-rupanya air mata aku yang membasahi tanganku.

aku pulang ke rumah,
aku cuba tersenyum,
"senyum senyum,aku kena kuat"
tapi semakin aku cuba untuk senyum,
senyuman itu datang tetapi dengan kesedihan.

aku ingin kembali 
kembali ke masa silam.
supaya aku rasakan

bahagia .

No comments:

Post a Comment