9.9.12

ajak aku lupakan hari semalam

aku lupakan hari semalam,
bila aku buka jendela,
aku lihat mentari menyinari bumi,
seluruh dunia dipenuhi cahayanya
pada masa itu ingatanku hilang,
dibawa angin yang bertiup bak sutera.

aku lupakan hari semalam,
untuk aku terus hidup
hidup aku bukan lagi untuknya,
yang tinggal hanya kenangan, 
kenangan yang kini menjadi palsu,
seperti patung yang tidak bernyawa.

aku lupakan hari semalam,
lupakan segala apa yang aku lakukan,
setiap satu huruf yang pernah aku luahkan,
telah terpadam, 
yang kini putih bagaikan tiada kotoran

aku lupakan hari semalam,
dan hari ini,
duniaku berbeza, 
kehilangannya amat memberi makna,
walaupun sakit,
tapi aku tetap kuat
kuat menghadapi cabaran
kerana..

aku telah lupakan hari semalam.


No comments:

Post a Comment