3.8.11

karya jol

oke2. aku mahu mencuba di blog hasil karya aku. huhu. jadi hope enjoy la. ini percubaan sahaja. aku akan udapate setiap hari Rabu sahaja. mengikut mood la. kalau ada perubahan, aku akan bagitahu. sila jatuhkan comment atau shoutbox aku ya. nk sgt mendengar comment.

Tajuk :SEBUAH KARYA

BAB 1 (part 1):


Semalaman , dia duduk di depan meja yang penuh dengan kertas2 lama yang sudah kekuningan. Pen-pen bertaburan dan terletak segelas air yang sudah sejuk seperti sudah seminggu di situ. Suasana sunyi menyelebungi subuh hari. Seorang yang kusut masai, rambutnya yang tidak di sikat rapi, berjambang putih. Matanya melihat tajam sebuah surat yang di pegangnya. Sekali sekala, bunyi ayam berkokok, mengalih pandangannya ke tingkap, kemudian merenung tajam semula ke surat yang sedang dipengangnya seolah-olah, meluahkan perasaan meyesal yang amat mendalam dalam dirinya. Raut wajahnya, jelas sekali menunjukkannya dalam keadaan yang sedih dan sudah lama sebegitu. Tiada langsung senyuman diwajahnya. Cuma yang ada adalah kekecewaan dan sedih seolah-olah satu perkara yang tidak dapat dia lupakan.

Mukanya amat muram seperti hari hujan yang turun dengan lebat seperti tiada penghujungnya. Seperti ada rahsia di sebalik surat itu. Kemudian, dia bangun mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Selepas selesai solat, dia berdoa bersungguh-sungguh sehingga satu masa, beliau menangis. Air matanya bercurahan menitis laju ke lantai tempat sujudnya.

“Ya Allah, sesungguhnya aku boleh melihat, dan sesungguhnya aku boleh mendengar. Aku dapat merasakan apa yang aku putuskan adalah kesilapan yang besar dalam hidup aku. Sudah hampir 30 tahun aku kecewa. Terseksa. Aku mohon dari-Mu, diberikan aku kekuatan ya Allah.”

Selesai berdoa. Dia lantas bangun dan  terus ke ruang tamu. Dan duduk di atas kerusi malas yang sudah lama dan warnanya yang sudah pudar. Melihat gambar-gambar lama tergantung rapi di dinding ruang tamu yang sederhana besarnya. Sambil menikmati kopi yang sudah disiapkan oleh pembantu rumahnya. Dia kemudiannya melihat keluar tingkap melihat tanah yang terbentang luas , menikmati suasana matahari terbit. Angin sepui-sepui bahasa menghentam mukanya. Burung-burung juga sedang bernyanyi riang menambah seri di pagi hari. Gurauan si tupai di atas pokok, membuatkan dia tersenyum. Itu lah hiburan setiap kali dia duduk menghadap ke tingkap itu. Dan kemudian menyeluk poket baju melayunya dan mencapai sepucuk surat yang di bacanya sebentar tadi. Dia membacanya sekali lagi. Memerhati, meneliti setiap ejaan dan seni tulisan tangan penulis surat tersebut. Serta merta, air mata membasahi pipinya. Semakin lama semakin kencang air mata membasahi pipinya. Hatinya bagaikan di iris apabila membaca surat tersebut.

Suasana menjadi sepi,semakin lama semakin sepi. Dia mengesat  matanya , Kemudian menghirup air kopi yang tadinya panas kini telah sejuk.

“bik, buatkan saya satu cawan lagi, macam biasa ya kopinya. Macam yang saya ajar dulu ya “ katanya.

“baik tuan, tapi mengapa perlu letak di tepi cawan bunga mawar ya tuan?, saya pelik” jawab pembantu rumahnya.

Namun, pertanyaan tersebut seperti biasa, dia akan mendiamkan dirinya.

“cepat sikit ya bik” nada yang amat pilu.
…… bersambung…….

4 comments:

  1. sdihnye.....tmbh plak dgn lgu....hehehe....tpi yg kcau mood tu...b'smbung la plak....now i'm looking for next part....good luck...t'baik....

    ReplyDelete
  2. okay , nice . wawa tunggu part akan dtg .

    ReplyDelete
  3. terbaik lah jol xD part 2 kamu ditunggu !

    ReplyDelete