3.8.11

karya jol 2

oke. BAB 1 (part 2) dah siap. aku rasa perjalanan ceritanya slow skit. tapi hope korang bca. oh, pada sape2 terlepas part 1. sila lah baca older post. huhu


BAB 1 (part2 ) :


Dia melihat semula ke tingkap dan memandang langit. Merenung setiap bentuk awan, seperti mencari sesuatu yang hilang di celah-celah awan. Pandangannya terhenti apabila melihat sepasangan kekasih melintasi  berhampiran halaman rumahnya.  Melihat mereka bergurau senda. Dia tersenyum melihat gurauan oleh pasangan kekasih tersebut .

“selamat pagi pakcik” tegur pemuda tersebut.

“pagi mail, anak mahu kemana pagi-pagi nie, bukan nya mall buka pukul 11 ke?” katanya

“kita tak nak lambat pakcik,nnti tiket wayang habis.eh, pakcik hari ni tak ke tanam bunga pakcik ke? Saya ingat nak bawa girlfriend saya ni kesitu, yelah, kalu ada pakcik, senang la saya nak bagi ayat power dekat dia nie, al-maklum lah. Saya ni bukannya pandai nak sweet-sweet nie pakcik. Nasib baiklah sebab cengkodok saya masak dulu tu power, sampai sekarang melekat pakcik power nya” ujarnya sambil ketawa.

Pasangannya mencubit manja . serentak dengan itu, mail terkejut mungkin akibat sakit, dia mengurut2  lengannya sambil mukanya berkerut.

“taman itu sentiasa terbuka luas untuk orang-orang bercinta seperti kamu mail, pergilah.” Katanya

“terima kasih pakcik, eh, saya gerak dulu ya, karang lambat, melepas pulak saya nak tengok wayang cite Hindustan ni. Heheh. Minat ni pakcik, Orang putih cakap apa tu favorite ea? Hah, mana-mana lah .oklah pakcik  saya gerak sekarang. assalamualaikum pakcikkata mail.

“Wa’alaikumusalam”.

Dia melihat mail beredar semakin lama semakin jauh sehingga hilang mail di pandangannya.  Kemudian dia lantas bangun dan terus ke muka pintu.

“tuan, kopi sudah siap ni. Tuan nak pergi mana?”

“bik letak jek kat atas meja, nnti saya minum ya”

Dia terus turun ke bawah sambil memegang tongkatnya dan mencapai sapatunya yang agak berhabuk seperti sudah lama terletak disitu. Dia mula berjalan. keadaan yang agak berlicak kerana hujan renyai menyebabkan seluarnya basah sedikit. Sekali sekala terdengar bunyi seretan sepatunya. Dia terus berjalan Sehingga dia sampai tepat ditengah satu pokok besar. Dia berhenti, dan memandang kearah pokok tersebut. Matanya amat tertumpu kepada pokok tersebut.  Tidak lama kemudian, dia menundukkan kepalanya, mukanya  penuh dengan kekecewaan dan sedih. Serta merta dia meletakkan tangannya di dadanya.

“aku tak sepatutnya biarkan dia. Pekara tu tak sepatutnya  berlaku” dengan nada yang perlahan.
  
Dia terus memalingkan mukanya terus kearah sebuah tanam yang amat luas. Di tanam tersebut di penuhi pelbagai bunga. Terdapat orang-orang di tengah-tengah tanam tersebut.
Belum sempat dia melangkah masuk ke tanam itu. Pembantu rumahnya memanggilnya  kerana ada panggilan dari seseorang. Muka nya terus berubah , seperti sudah lama menunggu panggilan telefon tersebut. Jantungnya berdenyut kencang, raut wajahnya yang sedih kini bertukar menjadi ceria.

“mesti dia” katanya dengan wajah yang ceria

…..bersambung…..(part 2)

1 comment:

  1. looking forward the next part....

    ReplyDelete