26.4.11

22. Jol Berbicara

hari ini tiada luahan perasaan tiada perasaan hari ini, hari nie aku nk cerita satu filem yang agak menarik bgi aku, dan sampai sekarang aku maseh bnyak pertanyaan n maseh menjadi satu tanda tanya. filem yang aku sebut kan 2 adalah:


filem nie watkan aku nk tngok lagi sekali. orang ckp cerita nie cerita btul tapi di lakonkan semula or ni mmng video asl or video asl then di tambah2 skit or mmng tipu belaka. tapi cerita nie mmng mcm siut. lagi waktu mlm. =.= ape2 pun cerita nie mmng nmpk real or mmng real, sebab pen-detect suhu 2 betul2 trun =.= x tahu la die ubah or ape2 kan. tapi korang mesti kene tngok. aku ckp korang mesti nk tngok lagi sebb korang x puas nk tngok bnde nie btul or just tipu. kalu korang tnye sama ade btul or x kat blog 'UNCLE'. die x jawab pun soalan, sama ada btul atau tidak. tpi kalu btul . . . . . . =.= hantu leyh bunuh org?. klau x btul . . . . . . . oke percaya hantu leyh bunuh org. :). tapi aku syorkan kepada korang yang lum tngok. tngok la. nie bukan filem2 yang calang2. dri korang tngok filem ngek senja kala. baek tngok PENUNGGU ISTANA. kalu kita ade filem epik terunggul. kita pun ade filem seram terunggul :p . so so, korang pilih la. habiskan duet ke filem justin 'babier' yang mnrugikan or filem ini. bnyak beb pengajaran. serius x tipu. huhu. hope korang pegi. okey. dah tinggal bape mnggu lagi nie. huhu.

ISU HARI INI :


oke, walaupun yang laen2 aku x tulis. yang ini aku x leyh tinggal sebb aku nk kongsi membacaan aku. tdi di tempat kerja aku baca satu buku yang amat menarik tentang BIOGRAFI NABI MUHAMMAD BIN ABDULLAH. buku 2 sgat mnarik. menceritakan tentang kesucian nabi dan kesusahan nabi mnyampaikan dakwah. terselit jugak perang2 seperti perang badar (bab 5). ini  muka hadapan buku tersebut :


ini edisi 2010, edisi 2011 mungkin sudah keluar. orang bukan islam juga boleh mmbaca buku ini untuk yang berminat akan islam, tiada paksaan untuk memeluk islam. terdetik kat hati aku semasa membaca buku, apakah aku akan terbuka dan di beri hidayah jika aku lahir masa zaman Nabi Muhammad S.A.W untuk memeluk Islam. aku bersyukur kerana aku di lahirkan dlam agama ISLAM. 

oke, sekarang aku nk cerita pasal perang badar.  ini hasil dari pembacaan aku di WIKIPEDIA:

Perang Badar (Arabغزوة بدر‎), dijuang 17 Mac 624 M (17 Ramadhan 2 H dalam takwim Islam) di Hijazdari barat Semenanjung Arab (Arab Saudi masa-kini), merupakan pertempuran penting dalam zaman awalIslam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy[1] di Makkah. Pertempuran ini telah diteruskan dalam Sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu dari sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam, Al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan kontemporari dari perang di Badar berasal dari keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan biografi Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.
Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil Muslim dan Makkah pada lewat 623 dan awal 624, laksana ghazawāt Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara dua pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kotaJahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula.


Pada masa pertempuran, Semenanjung Arab telah bersedikit didiami oleh sebilangan dari orang berpenutur Arab. Sesetengahnya adalah Badwinomad kedesaan yang disusun dalam suku; sesetengahnya adalah petani yang tinggal sama ada di oasis di utara atau di kawasan yang lebih subur dan yang tebal diduduki ke selatan (kini Yaman dan Oman). Majoriti dari Arab merupakan penganut dari berbilangan ramai agama politeistik. Terdapat juga suku yang mengikut agama YahudiKristian (termasukNestorianisme), dan Zoroastrianisme.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah sekitar 570 M kepada Banū Hāshim dari suku Quraisy. Apabila baginda berumur sekitar empat puluh tahun, baginda dikatakan telah menerima wahyu Ketuhanan semasa baginda bertakafur dalam gua di luar Makkah. Baginda mula berdakwah kepada saudaranya dahulu secara sembunyi dan kemudian secara terbuka. Sambutan dari dakwah baginda menarik pengikut dan penentang yang lain. Semasa tempoh ini, Nabi Muhammad s.a.w. telah dilindungi oleh bapa saudaranya Abū Tālib. Apabila beliau meninggal pada 619, kepimpinan dari Banū Hāshim telah diturunkan kepada salah satu musuh Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hishām,[2] yang menarik balik perlindungan dan meningkatkan lagi penindasan terhadap komuniti Muslim.
Pada 622, dengan tindakan keganasan terbuka yang dilakukan terhadap Muslim dari beberapa suku anggota Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w. dan ramai dari pengikutnya berhijrah ke kota jiran iaitu Madinah. Penghijrahan ini menandakan permulaan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua politik dan juga ketua keagamaan.

Pada musim bunga 624 M, Nabi Muhammad menerima khabar bahawa kafilah dagangan yang diketuai Abu Sufyan dan dikawal oleh 30-40 orang, telah bertolak dari Syria kembali ke Makkah. Kafilah tersebut didana dengan duit yang ditinggalkan kaum Muslimin ketika berhijrah ke Madinah. Pihak Quraisy menjual semua barangan mereka dan menggunakan duit tersebut untuk menaja kafilah tersebut untuk mempermain-mainkan pihak Muslimin. Muhammad mengumpulkan kekuatan seramai 313 orang, kumpulan tentera yang paling ramai yang pernah pihak Muslimin kumpulkan ketika itu.

Berarak ke Badar

Muhammad sendiri mengetuai tenteranya dan membawa sebanyak mungkin panglima utama, termasuklah Hamzah dan bakal KhalifahAbu BakarUmar dan Ali. Mereka juga membawa beberapa ekor unta dan tiga ekor kuda, yang bermakna mereka berjalan atau memuatkan tiga hingga empat orang setiap unta.[3] Walau bagaimanapun, kebanyakan sumber Muslim, termasuk Qur'an, menunjukkan bahawa diagak yang pertarungan kali ini tidak serius,[4] dan Uthman tinggal untuk menjaga isterinya yang sakit. [5]
Apabila kafilah menghampiri Madinah, Abu Sufyan mula mendengar dari pengembara dan musafir tentang rancangan penyerangan Muhammad. Dia menghantar seorang utusan bernama Damdam bin Amru al-Ghafari ke Makkah untuk memberi amaran kepada puak Quraisy dan mendapatkan bantuan. Setelah mengetahuinya, pihak Quraisy mengumpulkan tentera seramai 900-1000 orang untuk menyelamatkan kafilah tersebut. Kebanyakan bangsawan Quraisy, termasuklah Amr ibn HishāmWalid ibn Utba, Shaiba, dan Umaiyyah bin Khalaf, menyertai tentera tersebut. Sebabnya adalah pelbagai: sesetengahnya untuk melindungi bahagian harta mereka; ada pula yang ingin membalas dendam untuk Ibn al-Hadrami, pengawal yang terbunuh di Nakhlah; akhirnya, beberapa yang lain menyertai kerana menyangka mereka akan menang mudah menentang tentera Muslim.[6] Amr ibn Hishām dikatakn telah memujuk sekurang-kurangnya seorang bangsawan, Umaiyyah bin Khalaf, menyertai ekspedisi itu. [7]
Ketika itu, tentera Muhammad telah tiba di telaga iaitu tempat dicadangkan untuk menahan kafilah, di Badar, sepanjang jalan dagang Syria iaitu tepat jangkaan kafilah akan berhenti. Walau bagaimanapun, beberapa orang Muslim ditemui oleh orang dari kafilah tersebut[8] dan Abu Sufyan melencong ke Yanbu.[9]

Peta Perang Badar





Pada tengah malam 17 Mac, tentera Quraisy siap berkemas dan mula bertolak ke lembah Badar. Setelah hujan pada hari sebelumnya, mereka terpaksa bekerja lebih untuk mengalihkan kuda dan unta mereka ke bukit 'Aqanqal (sumber mengatakan matahari telah terbit apabila mereka tiba di puncak bukit).[16] Selepas mereka turun dari 'Aqanqal, tentera Makkah mendirikan perkhemahan di lembah. Ketika mereka berehat, mereka menghantar pengintip, Umayr ibn Wahb untuk melihat barisan tentera Muslim. Umayr melaporkan yang tentera Muhammad adalah kecil bilangannya, dan tiada pasukan Muslim lain yang akan menyertai peperangan itu.[17] Walau bagaimanapun, dia juga meramalkan kecederaan teruk pada tentera Quraisy dalam serangan itu nanti (satu hadis merujuk dia melihat "unta-unta [Madinah] sarat dengan kematian").[18] Ini kemudiannya meruntuhkan semangat puak Quraish, kerana peperangan orang Arab lazimnya tidak begitu mencederakan hingga parah. Ini menyebabkan satu lagi pertengkaran antara pemimpin Quraisy.

Pertempuran bermula dengan perwira kedua tentera bersemuka untuk bertarung. Tiga orang Ansar muncul dari barisan Muslim, tetapi ditolak Musyrikin Makkah, yang tidak mahu memulakan persengketaan tidak perlu dan cuma mahu berlawan dengan Muhajirin Makkah. Lalu keluarlah Ali, Ubaidah dan Hamzah. Mereka berjaya menewaskan wakil Quraisy dalam perlawanan tiga-lawan-tiga, walaupun Ubaidah cedera membawa maut.[19]
Kini, kedua-dua pihak memulakan serangan panah terhadap satu sama lain. Dua orang Musilm dan beberapa orang Quraisy telah terbunuh. Sebelum serangan bermula, Muhammad telah mengeluarkan arahan kepada tentera Muslim untuk menyerang dengan senjata jarak jauh, dan hanya berhadapan dengan tentera Quraisy dengan senjata tangan apabila mereka mara.[20] Kini, baginda mengarahkan untuk menyerang, dengan membaling segenggam batu kerikil kepada tentera Makkah yang mungkin perlakuan lazim orang Arab sembil meneriak "Cacatlah muka itu!"[21][22] Tentera Muslim turut menjerit "Yā manṣūr amit!"[23] dan mara ke barisan tentera Quraisy. Ketegangan serangan pihak Muslim boleh dilihat dalam beberapa ayat Qur'an, yang merujuk ribuan malaikat turun dari langit ke Badar untuk mengalahkan Quraisy.[22][24] Harus diperhatikan yang sumber awal Islam mengambilnya secara harfiah, dan terdapat beberapa hadis yang baginda Nabi Muhammad membincangkan Malaikat Jibril dan peranannya dalam peperangan itu. Bagi pihak Musyrikin Makkah, kekurangan kekuatan dan tidak bersemangat untuk berperang menyebabkan mereka berpecah dan bertempiaran lari. Peperangan hanya berlangsung selama beberapa jam dan tamat menjelang awal tengah hari.[21]

itu shaja dpt aku kongsikan. lebih lanjut, layari web http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Badar

AKHIR KATA JOL :

saya ingin mnginsafi diri dengan perbuatan yang tidak mensia sia kan. hope dtg la hidayah yang Allah hanya bagi kepada manusia yang dia hendaki. aku akan usaha. sama2 kita ubah diri kita ya. sampaikan salam jol kat ibubapa korang. bui bui :v

THE END

No comments:

Post a Comment