15.11.14

Penamat

Ini adalah penamat segala cerita kesedihan raksasa,

Kesedihan? Kesengsaraan? Kepedihan?,
Semua itu pernah dirasai aku,
Keperitan? Kemusnahan?
Jangan ditanya lagi,
Rasa diri mahu memberontak,
Tapi itu bukan sifat ku,
Sifatku hanya mampu menunggu.
Menunggu bulan yang x akan jatuh keriba,

Sialan itu manusia bila aku mengenangkan nasibku,
Tapi rasa sayang dalam diri buatkan semuanya menjadi seri,
Padahal setiap hari aku menangis tanpa henti,
Mengenangkan si bangsat yang tak berhati,

Kau pandai berpuisi,
Tajuk indah tak terperi,
Sampaikan kesalahan yang kau beri,
Ramai yang menadah dan menolak kebenaran ketepi,
Ini aku mahu panggil bintang masih murni,
Mungkin lebih sesuai dirimu dipanggil syaitan yang bertopengkan babi.

Sayang dulu bukan la sayang sekarang,
Jika sayang dulu dipeluk dan diusap,
Sekarang sayang dilempang dan diterajang,
Hingga kesannya amat mendalam,

Pergi mati,
Butakan hati,
Cari kesilapan sendiri,
Semoga tuhan memberkati,

Sudahlah,
Harapan yang kau beri dulu hanya khayalan,
Wangian dirimu berbau sampah,
Diri ini sudah mahu pergi,
Kau takkan jumpa lagi raksasa yang kau sayangi ini,
Sehingga kita berkumpul semula di pandang luas nanti.

25.10.14

Puteri, Kau baca surat aku?

dulu raksasa nak tulis pasal puteri senang sangat,
kadang-kadang sampai dua surat raksasa tulis untuk puteri,
tapi sekarang raksasa tak tahu kenapa,
raksasa tak dapat tulis surat untuk puteri?,
mungkin raksasa dah mengaku kalah,
mungkin raksasa sudah hilang rasa sayang

raksasa cuba sedaya upaya raksasa untuk tulis surat untuk puteri,
dengan harapan surat raksasa puteri baca dengan hati yang terbuka,

puteri,
maapkan raksasa,
dengan cara ini raksasa dapat rasa bila bersama awak,
dengan cara ini raksasa akan rasa awak ada,
sangat tak tertanggung hati ini bila terkenangkan awak,
aku tak pandai nak meluahkan dengan sesiapa,
selain dari awak,
jadi bila aku menulis ini,
aku rasa bagai awak ada di hadapan mata, 
dan melihat apa yang aku tulis,

semua orang lihat aku seperti orang bodoh yang menunggu bulan jatuh
tapi semua orang tak tahu siapa awak pada aku,
biarlah 10 tahun lamanya,
aku akan terus cuba menunggu awak,

jika awak baca apa yang aku tulis ini,
awak hantarkan surat pada aku,
walaupun sekejap,
sebab
raksasa rindu awak
rindu awak puteri


3.10.14

Hanya Sandiwara Dia

kata raksasa

puteri,
kenapa kau curi hati aku dulu,
kau manjakan dia dengan senyuman,
kau berikan dia kasih terlalu banyak,
sampaikan bila ditanya hati mahukan siapa?
hati hanya mahukan puteri,

puteri,
kau bagai air dikala aku menjadi api,
kau menyelinap di seluruh pelusuk tubuhku yang membara,
aku nampak kau menahan keperitan bahang kepanasanku,
tapi kau tetap mengalir untuk menenangkan aku,
sehingga apiku yang membara tadi,
kau padam,
dan menjadikan aku raksasa yang lebih bersabar.

puteri,
sebelum kau menghilang,
kau kata aku masih belum cukup sabar,
aku terburu-buru,
tapi kau tak pernah tanya padaku, kenapa aku begitu?,
....
jiwa aku terseksa wahai puteri,
mana kau pergi dua minggu?
khabar berita kau, 
cerita kau,
hati aku memberontak mahukan gelak ketawa dari kau puteri,
sikit demi sikit kau hancurkan hati aku wahai puteri,
tapi aku masih menunggu
bila masanya engkau ingin pergi,
kau masih cakap aku yang kurang bersabar?.

puteri,
aku masih menunggu, 
dan aku menanti,
tapi itu mustahil,
kerana aku merasakan tiada sedikitpun tercatat namaku,
kerana putera yang hadir jauh lebih baik,
apa yang aku mampu hanya melihat dari jauh.
dan semakin lama semakin jauh.
dan mungkin menghilang,
hilang buat selama lamanya

..maaf sebagai ganti..