3.6.14

Raksasa Di Uji

Kau hanya fikirkan kau lebih dewasa,
Sungguhpun umurmu berbeza dengan aku,
Kau hanya mahu mengajar aku erti kehidupan,
Tapi kau tidak tahu aku ini lebih bergaram berbanding kau,
Siapalah kau mahu memarahi aku,
Jalan kau masih berliku,
Jangan anggap jalan aku serupa dengan mu,
Kerana jalan aku masih ada penghujung tidak serupa kamu.

Kau sangka api kau lebih besar,
Tapi kau belum lihat api yang belum aku nyalakan,
Aku sengaja mahu simpan,
Supaya dapat melihat sebesar mana api yang ada pada kau,
Tapi sayang, api kau tak pernah dapat membakar aku,
Aku biarkan api yang membara itu berjinak-jinak di kulitku,
Aku biarkan api yang marak itu menyakiti hatiku,
Kerana aku tahu,
Bila api aku sudah mula menyala,
Bukan hanya kulitmu,
Perasaan mu,
Hati mu,
Jiwa mu,
Tapi semuanya,
Semuanya akan hangus dijilat api manjaku,

Berhentilah dari terus bermegah dengan pengetahuanmu yang cetek,
Kau rasa kau boleh bercakap seperti majikan,
Bertutur seperti menteri,
Bersyarah seperti guru,
Tapi sebenarnya kau lebih teruk dari anjing yang menyalak,
Jangan terus menerus rasakan diri kamu betul,
Lembutkan lidah untuk berkata 'maaf',
Orang akan lebih memahami,
Dan menerima kau dalam hidup.

Sudahlah,
Jika aku terus membencimu,
Bukan kerana dirimu,
Dan bukan kerana rupamu,
Tetapi kerana sikapmu.

Diriku bukan untuk di uji,
Kerana raksasa ini sudah lama diuji,
Di uji dengan kehilangan cintanya sendiri,
Cintanya terhadap,

Sang Puteri...

No comments:

Post a Comment