15.2.13

Tak apalah

#dia lelaki

aku nampak dia,
cantiknya dia malam itu,
ramainya kawan-kawan dia,
aku nak buat suprise lah,
aku masuk halaman rumah dia, 
semua kawan-kawan dia tengok aku,
oh, patutlah, baju aku kotor, tadi masa nak pergi rumah girlfriend aku, ada lori langgar lecak,
"awak, selamat hari jadi"
aku senyum dan aku serahkan kad n bear kecil je.
"dah,kau dah bagikan hadiah ni, kau blah jangan semak depan rumah aku, nanti-nantikan boleh jumpa, tapi bukan malam ini"
kenapa dia cakap macam itu,
oh, maybe dia malu kot dengan kawan-kawan dia sebab tangan aku berparut kot,
"kalau macam itu, saya balik dulu ya?"
langsung dia tak balas pertanyaan aku,
kenapa dia macam itu,
oh, maybe dia busy nak layan kawan-kawan dia.
tak apalah


alamak, bateri aku habis pula, 
kereta aku adik girlfriend pinjam pula, 
itulah siapa suruh janji,
sebagai upah tolong belikan bear yang kakak dia suka,
jauhnya rumah, penat juga kalau berjalan ini,
oh, maybe kalau slow-slow sampailah ini,
hope kau happy ya sayang
hope kau baca kad aku itu,
kalau tak baca.....
tak apalah


"abang nak tanya, kat mana seven e?"
entah mamat mana tanya aku ini,
aku terus toleh dan menunjukkan arah, 
bila aku berpaling semula,
pistol tepat di depan ku,
aku rasa ada benda tajam masuk dalam kepala aku
dan kemudian hitam,
gelap.
sepi.
sunyi.

.....

#dia wanita

betul ke aku buat ini?
kenapa aku halau dia pergi, sempat tak kalau aku kejar dia ya,
tapi kenapa baju dia kotor, 
dia jatuh ke? mana kereta dia?
parut kat tangan dia masih berdarah,
dia tak pergi jumpa doktor ke?
aku beruntung dapat dia, dia sanggup datang selamatkan aku,
tapi kenapa aku halau dia,
mana dia pergi,
"wei,kau kenapa Tiara aku tengok kau termenung?"
aku tak apalah, jangan risau.

banyaknya hadiah member-member aku bagi,
semua besar-besar,
aku tak minat langsung hadiah besar-besar ni,
tapi dia bagi aku kecil je, macam tahu-tahu je.
siap ada kad lagi, lagi special kad ni, hand made dari dia.
mesti dia terasakan aku cakap tadi.
sebab itu tak angkat call aku,
tak apalah,
esok jela aku call dia

.....

pagi tadi,
aku dapat tahu dari adik aku,
yang dia ditembak oleh orang yang cuba kacau aku hari itu,
dia koma,
aku nampak muka dia pucat,
tangan dia tak bergerak langsung,
why dia sahaja yang kena di sebabkan aku?
maapkan saya awak,
aku menangis disebelah dia,
di atas katilnya, ada sebuah kotak kecil
dalamnya kosong.
kemudian ibunya menyuruh aku berehat,
seharian aku duduk disitu,

aku lihat bear yang dia berikan semalam,
cantik sangat,
aku terus teringat akan surat yang dia tulis,

"hai awak, lamakan kita dah berkenalan, dah hampir 4 tahunkan? saya tahu ini baru kali pertama saya bagi awak kad, sebab saya nak buat kelainan, awak cakap awak dah bosan asyik benda yang sama saja kan. awak-awak, selamat hari jadi, awak tua dulu dari saya, sebab itu awak matang dari saya. awak sebenarnya kad ini penting sangat, sebab dekat kad ini saya mampu meluahkan, saya takut awak tak terima saya, jadi kalau saya luah kat sini tak adalah saya malu nanti. #hehe. awak dapatkan bear saya, sebenarnya dalam bear itu ada sesuatu saya masukkan dalam dia and ada satu kertas kecil. saya tahu awak mesti lambat baca kad saya ini, tapi saya tahu awak akan baca surat ini. jadi saya tetap akan tunggu jawapan awak. walau jadi apa-apa kat saya pun, saya tetap akan tunggu jawapan awak. 
#happy birthday awak.

aku terus buka bear itu,
aku terkejut ada satu cincin yang sangat cantik,
dan ada sekeping kertas kecil yang tertulis,
sudi tak jadi isteri saya yang sah?
dekat situ juga airmata aku mengalir
kenapa dia terlalu baik dengan aku,
kenapa aku tak baca surat itu malam tadi?
kenapa sekarang aku baru baca,

awak kalau awak bangun nanti saya akan jawab 
ya
untuk awak
saya akan tunggu awak macam mana awak sanggup tunggu saya.

No comments:

Post a Comment