3.12.12

penipuan seorang manusia

sebenarnya hati baru sahaja nak terbuka,
tapi entah kenapa, 
ia tertutup kembali,
betul kata orang tua-tua,
jangan ikutkan perasaan kalau hati belum bersedia.

penipuan adalah punyanya,
segala usaha jika tercalit sedikit penipuan,
rosak harmoninya,
baunya wangi sebelum ini,
sudah timbul bau seperti bau bangkai.

sudahlah,
semakin memikirkannya, 
semakin mendalam perginya,
kelaut sudah, 
kelangit sudah, 
yang tinggal hanya ketanah,
insyaallah,
semuanya akan pergi kesana,
sebab itu manusia salah satunya tidak boleh menipu,
kerana kematian itu adalah pasti,
dan bukan peralatan mainan yang bila bosan di buang
merata-rata.

bila perpisahan berlaku,
bagaikan ada anjakan paradigma berlaku,
gaya berubah,
hidup berubah,
kadang-kadang semuanya berubah,
sampaikan manusia sekelilingnya,
juga terikut-ikut akan perubahannya.

penipuan adalah salah
jangan menipu,
jangan bermain dengan penipuan,
kerana jika seorang itu ditipu,
peratus kepercayaan kepada anda akan berkurang
mungkin 20%
mungkin lebih teruk dari itu, 
percayalah.

selesai

No comments:

Post a Comment