5.9.12

Raksasa Terpaksa

raksasa bangun, raksasa duduk memerhatikan sekeliling, memikirkan cara terbaik. dan akhirnya dia memutuskan untuk membuat sang puteri merasa marah dan benci akan raksasa. raksasa terus memaksa sang puteri sehingga puteri marah. raksasa tahu caranya akan buatkan sang puteri makin jauh darinya. jauh beribu batu. tapi, apalagi raksasa mampu buat untuk sang puteri melupakan apa yang difikirkannya. lalu airmata raksasa jatuh juga di hadapan sang puteri. raksasa menangis bukan kerana puteri, raksasa menangis kerana terpaksa buat sang puteri benci dengan raksasa.

selepas sang puteri pergi, raksasa amat menyesal akan perbuatannya. dia benar-benar tidak mahu melihat sang puteri marah dan sedih. niat raksasa jauh sekali mahu melukakan hati sang puteri . tetapi dia tahu, putera sang puteri akan membuatkan dia kembali senyum, sehingga raksasa dapat dilupakannya.

maafkanlah raksasa.. raksasa terpaksa.. dia tidak mahu sang puteri terus memikirkan apa beban yang raksasa pikul. biarlah seberat mana, sesakit mana, sepayah mana pun. biarlah raksasa itu menanggungnya sendiri. orang akan faham kenapa raksasa buat macam ini. dan akan terimanya.

raksasa faham sang puteri..
di sebab itu raksasa buat semua ini.
raksasa telah mendengar perkataan itu..
satu hari raksasa akan hilang memorinya,
dan masa itu raksasa akan kotakan perkataan itu.

selesai.

No comments:

Post a Comment