23.8.12

senyuman raksasa


Jantung raksasa berdegup pantas,
seperti air mengalir.
dia membaca surat terakhir dari puterinya.
dia membaca dengan teliti,
setiap perkataan
 raksasa cuba memahaminya.
dengan perlahan dia membaca.
surat itu tertulis, waktu pertama puteri mengenali raksasa
raksasa tersenyum,
nampak lebar senyuman dari raksasa,
tapi....
riak wajah raksasa berubah melihat ayat yang seterusnya,
sedikit demi sedikit,
hilang wajah gembira raksasa.
tapi raksasa tetap ingin senyum walaupun air matanya...
raksasa kena kuat, ingat lagi pesan puteri,
"raksasa mesti kuat, awak raksasa yang baik n kuat"

raksasa melipat surat tersebut,
menyimpannya dalam koceknya,
hanya mendiamkan diri sahaja.
dia tahu peluang dia amat tipis.
raksasa mengesat airmatanya,
dah berjalan tersenyum berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment