29.11.11

saya menulis bukan untuk saya tapi untuk semuaaaaaaaaaaaa !. hehe

jika aku seorang penulis, aku akan meluahkan apa yang aku pendamkan dengan kata-kata penuh dramatis dan mempunyai unsur-unsur psikologi. tapi apa yang ada pada aku, just otak yang kosong dan menulis mengikut pesekitaran dan bukan kerana akal, kehendak dan kemahuan.  

apamacam? ok tak ayat aku kat atas tu? tak ok? haha, peduli apa aku. hehe. hai, apa khabar korang semua? sihat tak? mesti sihatkan? yang tak sihat cepat-cepat makan ubat biar sembuh. boleh jumpa pasangan masing-masing. hehe. oh, kepada yang baru selesai bersanding. selamat pengantin baru. kepada yang baru dapat anak sulung tahniah. sebab dapat anak sulung. jaga baik-baik. hehe. ceh, aku macam dah kahwin je kan. hehe.uish, lama juga aku tak update. orang-orang cakap istilah orang tak update blog ni "blog berabuk" betul ke? tak tahu la. lain orang lain rasa burgernya. hehe.

hari ini aku update blog sebab ada masa. curi curi masa. kalau tak busy memanjang, apa yang aku busykan pun akau tak tahu, tapi yang penting aku busy. aku tahu blog aku ini pun trafik dia tak adalah sebusy blog-blog lain. tapi cuma tak mahu menghampakan follower yang banyak berjasa men-follow blog aku ni. bermula dari bawah, tak apa, pelahan-lahan. banyak bersabar. mesti boleh, biarlah dah ketinggalan zaman ke, tapi aku tetap nak berusaha  untuk jadi seorang blogger. hehe."so,follow me". haha. yang follow me itu aku joke je. aku x nak follower banyak tapi aku nak pembaca yang banyak.

walaupun aku tak update tapi aku baca blog-blog korang-korang semua. ada yang cerita pasal BF dia meninggal. hope dia tabah :). ada juga yang tulis pasal bf dia. woww, so sweeeeettttt macam hisap lolipop.  ada juga yang tulis gaduh gaduh. tak moh la gitu. siap-siap mention lagi nama dia. nasib baik tak mention nama awak. :p .

nak tanyalah, apa yang ada dalam kepala korang masa menulis blog ek? seronok tak?
p/s : baca blog ni (click here) Shasha Story. siapa tak nak baca sebat 10 kali. hehe


THE END

di taip oleh :
JOL KARIM :)
peace yoo!

No comments:

Post a Comment