7.10.11

hidung? mata? telinga? mulut? kerjasama? apa ni? tak fahammmmmmmm ! !

bila mata dah ngantuk semua kerja jadi tak betul. betul tak? so, banyakkan tidur ya. bila dah banyakkan tidur, kepala jadi pening dan agak kurang bermaya. so, kurangkan tidur. ==' see, nampak tak maksud dia apa? maksud dia tidur  ikut waktu jangan tidur lewat malam 'sangat' .

mata adalah antara aset manusia yang amat bernilai. jika tiada mata, maybe anda anda semua memakai baju terbalik or tersalah pakai baju. tetapi kalau pakai baju pun anda anda semua nampak ke?

telinga juga adalah aset yang paling mustahak kerana kalau tiada telinga, anda hanya akan nampak pergerakkan mulut seseorang tetapi tidak memahaminya.

hidung adalah benda yang paling mustahak, jika tiada hidung bagaimana anda mahu bernafas? mengunakan mulut? jawabnya, hidup anda tidak lama.

mulut, jika tiada mulut tiada la dosa mengumpat, fitnah dan macam-macam lagi. tetapi, jika tiada mulut macam mana kita hendak makan? bercakap benda yang penting, macam mana kita hendak menyampai, macam mana kita nak baca Al-Quran?.

jadi korang rasa mana yang paling mustahak dan korang pilih jika di beri satu pilihan?

hahah, terdiamkan? haha. kita perlukan semua itu right? ya, sama juga macam kita, jika kita bersatu teguh, dan berkerjasama, rasanya Malaysia ini aman dari sebarang masalah. saya Jol Karim disini mahukan orang-orang di luar sana bangun dan teruslah sedar, bahawa berkerjasama adalah penting dalam kehidupan.

THE END

No comments:

Post a Comment