5.8.11

karya jol 4

sudah siap. :D sila lah baca.


BAB 2 (part 1) :


 “Betul Malik, aku mimpi aku yang  tua!. Aku Nampak  jelas gila kau tahu.”

“Mamak, ABC dua ya!, susu lebih! . Kau banyak sangat tidur sebab itulah kau macam ni. Tapi yang peliknya kenapa kau boleh tidur dalam bilik rehat perempuan? “

“habis yang kau masuk dalam bilik rehat perempuan tu, kau buat apa?”
“aku, hah aku..”

Percakapan Malik tersekat-sekat seperti mahu cari alasan yang tepat. Tidak lama kemudian Man bersuara.

“Nasib baik xde orang kau tahu. Kalau tak aku ngan kau sekali kena tak pasal-pasal”

“yela Man, kau jelah yang betul, dari sekolah sampai la kat sini. Kau saja yang nak menang”

Perbualan mereka terhenti sebentar apabila ABC yang di pesannya sudah sampai. Longgokkan ais yang di penuhi dengan warna-warni dan susu yang pekat amat melegakan tekak mereka. Mereka terdiam menikmati ABC buatan mamak yang mereka selalu pergi selepas habis bekerja. Mereka berkerja sebagai kakitangan kerajaan tidak jauh dari gerai mamak ini.

“Man, aduh, Man!.aku kalau panggil kau, kalu x menjerit tak sah. Kot-kot kau ni pekak ya Man. Tak pun,
Kau ni memang kuat berangan” kata Malik sedikit marah campur sedikit gelak.

“Sudahlah Malik,aku tak pekak macam kau. kau tengok sana tu, meja yang lagi satu. Ada awek  cun”

“Ah, kau semua awek kau cakap cun, mak aku dulu pun kau cakap cun” Malik berkata sambil menoleh kepalanya kearah yang dikatakan Man tadi.

“Man!. Kali ni taste kau confirm! Dalam sejarah hidup aku, pilihan kau hari ni paling tepat, badan dia Man! Mak aii.”

Serentak dengan itu, Man menolak kepala Malik tanda tidak setuju. Malik hanya memegang kepalanya akibat kesakitan dan terus membebel. Tetapi fikirannya Man hanya tertumpu kepada perempuan yang sedang duduk di meja tidak jauh dari mejanya. Matanya jelas sekali menumpukan sepenuhnya  kearah wanita tersebut. Jantungnya berdenyut kenyang. Fikirannya terus hanyut dibayangi wanita tersebut. 

“Man, Man!”,

“diam lah Malik, Aku tengah khusyuk ni”, kata Man sambil tersenyum.

“Man. Tuan. Tuan Man”,

“Malik jangan kacau aku boleh?”,

“Tapi Tuan, saya bukan Tuan Malik, saya Bibik”.

Kemudian dia terbangun . matanya kabur. Dia mengosok matanya. Dia melihat tiada Lagi kedai mamak, tiada lagi kawannya, tiada lagi bunyi-bunyi bising dan tiada lagi wanita itu. Cuma ada sekarang, bilik yang bersepah dan seorang wanita tua yang putih dan sedikit bongkok seperti usianya lebih tua dari dirinya.

“tuan. Maafkan saya, tapi tadi tuan seperti … , saya takut ada jadi apa-apa sama tuan, jadi saya masuk tanpa mengetuk pintu. Maafkan saya.”

“tak apalah bik, bik boleh keluar sekarang, saya tidak marah, terima kasih ya bik.”

Selepas pembantunya keluar,  suasana sedih kembali menyelubungi dirinya. Dia begitu jelas melihat wajah wanita tersebut. Rupanya, rambutnya, hidungnya semuanya jelas.  Mimpinya seolah-olah membuatkan wanita itu wujud dan tidak pernah mati. Dia hanya mampu berdiam. Dia tidak dapat menerima hakikat yang itu hanyalah mimpi.

.....bersambung.....

No comments:

Post a Comment